cerita viral 1

TUMPAT: “Luluh hati mak cik tengok anak diheret di depan mata, hanya Allah tahu sedihnya hati kenangkan nasib anak yang sehingga kini tak diketahui.”

Demikian luahan Zahasnah Mohd Zain, 75, ibu kepada ejen jualan kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim, 36, atau Azi yang dipercayai dilarikan beberapa lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, di sini petang semalam.